Cari-cari penawar

Share It Now

Petua Osteoporosis - Rawatan Semulajadi Masalah Tulang Rapuh



Penyakit Osteoporosis atau rapuh tulang ialah suatu keadaan dimana ketumpatan dan kekuatan tulang berkurangan dan menyebabkan tulang menjadi mudah patah atau reput. Osteoporosis membawa kepada tulang poros yang tidak normal yang dapat ditekan atau dimampatkan seperti span. Keadaan ini yang membawa kepada kerapuhan tulang. Osteopenia ialah keadaan dimana tulang kurang tumpat berbanding tulang yang normal tetapi tidak mencapai tahap osteoporosis.

Tulang normal terdiri daripada protein, collagen dan kalsium yang mana memberi kekuatan kepada tulang. Tulang yang telah dijangkiti osteoporosis akan mudah patah walaupun pada kecederaan kecil yang lazimnya tidak akan mengakibatkan kepatahan. Tulang belakang, tulang rusuk, tulang punggung, dan tulang pinggang merupakan tempat yang biasa mengalami retakan atau patah akibat osteoporosis.

Penyebab yang membawa kepada masalah ini ialah penurunan kadar estrogen dalam diri wanita semasa menopause dan penurunan testosterone pada lelaki. Wanita berumur 50 dan lelaki berumur 70 tahun mempunyai risiko paling tinggi untuk mendapat penyakit osteoporosis ini.

SIMPTOM

Penyakit osteoporosis tidak mempunyai simptom pada peringkat awal. Simptom ini hanya mampu dikesan pada peringkat akhir penyakit iaitu:

- Kesakitan pada tulang
- Retakan dengan sedikit atau tiada trauma.
- Hilang ketinggian ( sebanyak 6 inci).
- Sakit pada bahagian bawah belakang.
- Sakit leher/tengkok.

.
RAWATAN

Matlamat untuk rawatan penyakit osteoporosis ini ialah untuk:

- Mengawal kesakitan
- Memperlahan atau memberhentikan kehilangan tulang (bone loss)
- Mencegah retakan tulang dengan ubat menguatkan tulang.
- Meminimumkan risiko untuk jatuh yang boleh menyebabkan retakan tulang.
- Rawatan untuk penyakit osteoporosis ini boleh terbahagi kepada perubahan cara hidup dan kepelbagaian ubatan. Ubat-ubatan digunakan untuk menguatkan tulang.


.
BISPHOSPHONATES

Bisphosphonates ialah ubat utama yang digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit osteoporosis dalam kalangan wanita yang sudah putus haid.

CALCITONIN

Calcitonin ialah ubat yang memperlahankan kadar kehilangan tulang dan melegakan kesakitan tulang. Calcitonin kurang efektif berbanding bisphosphonates.

RALOXIFENE

Raloxifene (Evista) digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit osteoporosis. Ia serupa dengan ubat bagi kanser payudara tamoxifen. Raloxifene boleh mengurangkan retakan tulang belakang sebanyak 50%. Walau bagaimanapun, ia tidak mampu untuk mencegah retakan tulang yang lain.

Kesan samping yang paling serius bagi pengambilan raloxifene ini ialah risiko darah tersumbat pada bahagian saraf kaki atau dalam paru-paru.

SENAMAN

Elakkan senaman yang boleh mengakibatkan terjatuh atau impak yang kuat yang boleh menyebabkan keretakan tulang.

DIET

Dapatkan sekurang-kurangnya 1 200 miligram kalsium setiap hari dan 800 – 1 000 vitamin D3. Vitamin D membantu badan kita menyerap kalsium.

Makanan yang tinggi kalsium antaranya ialah:

- Keju
- Ais-krim
- Sayuran hijau
- Susu rendah lemak
- Ikan salmon
- Ikan sardin bersama tulangnya.
- Tauhu
- Yogurt

P.S Tinggalkan tabiat tidak sihat seperti merokok atau minum minuman keras.

Kita juga boleh mengambil kalsium dan vitamin D dalam diet pemakanan seharian sebagai makanan tambahan jika pengambilannya dalam diet tidak mencukupi.

Di samping untuk memastikan pengambilannya mencukupi, makanan tambahan juga diambil bagi membantu penyerapan kalsium dan vitamin D secara optimum.

Pil kalsium Ostematrix Shaklee adalah kombinasi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium adalah mineral utama dalam komposisi tulang manusia. Justeru, ia berfungsi penting dalam penyembuhan patah tulang. Vitamin D dalam Ostematrix memberikan penyerapan optimum kepada kalsium oleh tubuh.

Cuma perlu beberapa kaplet Ostematrix sehari sudah cukup untuk keperluan kalsium yang dicadang oleh pakar tulang bagi proses memperkuat tulang.





Energizing Soy Protein (ESP) adalah produk protein soya.

Bagaimana ESP boleh membantu pesakit yang osteoporosis?

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. Ia kaya dengan sumber protein yang diperlukan tubuh bagi membina semula tulang yang telah patah dan retak.

Bukan itu sahaja, protein dalam ESP juga membantu bagi pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel tulang yang telah rosak atau mati.

Beberapa cadangan mudah ini akan membantu mengembalikan kekuatan tulang anda. Paling penting sekali adalah kuasa tindakan.

Adakah anda sekadar membaca dan tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah osteoporosis ini?
Sayangi tulang anda demi orang yang anda sayang.


Sumber dari page FB :
Petua & Penawar Sakit Lutut dan Sendi