Cari-cari penawar

Share It Now

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala/ Pening Kepala Secara Pantas


Sakit kepala akan mengganggu aktivi harian Anda dalam menyelesaikan pekerjaan, ini tidak boleh dibiarkan. Oleh sebab itu, segera tangani dengan mencuba petua hilangkan sakit kepala tradisional ini.
Teh Halia
Halia popular kerana sejak lama kerap dijadikan minuman herba yang berkhasiat untuk menangani beberapa penyakit seperti sakit kepala selama berabad-abad di Asia. Ia pun mampu meredakan sakit otot akibat suhu yang sejuk atau kaku. Di dalam halia terlampirkan kelebihan sifat antioksidan yang dapat melawan jangkitan serta meningkatkan keupayaan imun tubuh.
Untuk membuat teh halia, Anda bisa mengikuti panduan berikut:
  1. Siapkan ¼ sudu teh halia serbuk, ¼ sudu teh kunyit serbuk, 1 gelas air, susu, dan madu (optional).
  2. Proses membuat ginger tea di sini. Mula-mula rebus air hingga mendidih, lalu masukkan halia dan kunyit, kecilkan api.
  3. Biarkan proses merebus selama 10 minit, lalu tuang susu dan tapis air ke dalam cawan.
  4. Tambah madu secukupnya, minum ketika masih panas.
Acupressure
Kaedah pijat acupressure telah familiar di telinga penduduk Cina, kerana pijat ini turun-temurun menjadi ubat sakit kepala tradisional dengan cara memberikan tekanan pada titik-titik tertentu pada tubuh untuk mengurangkan rasa sakit. Bila mahu mencuba, lebih baik datang kepada orang yang ahli di bidang acupressure, sebab dalam urut ini diperlukan keahlian yang perlu dipelajari terlebih dahulu.
Urut Pakai Minyak
Tidak semua orang suka dengan kaedah rawatan sakit kepala dengan acepressure, sebab terasa menyiksa. Untuk itu, ada cara menghilangkan sakit kepala yang tak kalah berkesan dari urut acepressure, iaitu mengurut bahagian kepala, tengkuk, dan belakang telinga memakai minyak panas.
Cara hilangkan sakit kepala ini hanya sesuai untuk orang yang tahan terhadap minyak panas. Kalau Anda tidak termasuk, lebih baik elak petua ini.
Magnesium
Tak perlu ubat doktor untuk rawatan pertama. Anda boleh mengambil multivitamin yang mengandungi magnesium. Magnesium ialah mineral yang dapat menenangkan saraf sehingga sesuai diminum ketika sakit kepala atau migrain. Bila tak ada multivitamin, Anda boleh mengambil kandungan magnesium pada brokoli, kacang, bayam, dan susu soya.
Pek Ais
Kompres kepala untuk melegakan sakit kepala memakai benda sejuk seperti pek ais. Kesan yang diperoleh ialah rasa kebas. Bilamana tak ada ice pack di rumah Anda, maka beli sahaja ais di pasaraya lalu balut pakai tuala kecil, pegang dan tampalkannya ke kepala untuk beberapa minit.
Kurangkan Makan MSG
Monosodium glutamat kerap ditambah dalam makanan untuk menggalakkan rasa masin. Ia berpunca daripada asid amino yang telah menyebabkan ramai orang mengalami sakit kepala, migrain, dan kram perut. Mengurangkan MSG bukan bermakna tidak makan MSG sama sekali. Anda hanya butuh mengurang-ngurangi pengambilan MSG jika masah di rumah.
Elakkan Mata Tegang
Pekerjaan ramai orang dibantu oleh komputer, namun tak sedar kesan buruk yang akan diterima kerana menatap skrin komputer terlalu lama. Mata boleh tegang sebab itu dan ini akan meninggalkan sakit kepala.

Cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala ialah dengan menjaga mata tetap rileks beberapa waktu. Jadi Anda dilarang menghampiri ke komputer. Biarlah beberapa hari Anda gunakan untuk rehat dari monitor. Bila sudah pulih dari sakit kepala, anda perlu merehatkan mata sekurang-kurangnya 20 minit selepas menatap skrin komputer secara berulang.
Rehat Cukup
Satu kajian melaporkan bahawa tidur di malam hari selama enam jam cenderung untuk mempunyai sakit kepala yang lebih teruk dan kerap daripada orang-orang yang memperoleh waktu tidur sekurang-kurangnya lapan jam dalam satu hari. Tidur dengan cukup boleh membantu mengurangkan sakit kepala.
Tidur yang Betul
Untuk memperoleh kualiti tidur yang baik maka tidur kita harus selesa. Pastikan agar cahaya lampu kamar malap, suasana hening, dan suhu standard (tidak terlalu panas atau sejuk). Bila ingin lebih berkualiti, Anda boleh cuba menyumbat telinga dengan ear plug.
Sukan
Bila sakit kepala mula ringan, Anda boleh mempercepatkan masa penyembuhan dengan melakukan sukan atau senaman. Gerakan seluruh badan Anda dengan berolaharaga atau ikut senaman jasmani. Ia juga membuat badan lebih sihat dan peredaran darah semakin lancar. Sukan termasuk amalan gaya hidup sihat.
Aromatherapy
Merebus segelintir herba rosemary pada satu liter air hingga mendidih, lalu letakkan air ke dalam mangkuk. Kemudian, ambil tuala dan letakkan di atas kepala anda. Sedut wap selama lima minit sekurang-kurangnya. Ulangi petua hilangkan sakit kepala tanpa ubat ini hingga sembuh.
Memperbanyak Cecair
Kekurangan air adalah keadaan yang membuat tubuh terdedah kepada banyak masalah, seperti sakit kepala. Boleh jadi gangguan ini datang untuk memberitahu Anda bahawa ada sesuatu yang salah dari badan. Anda tidak sadar kalau tubuh sedang dehidrasi, oleh sebab itu tubuh sendiri yang melakukan tugasnya mengkhabarkan Anda. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas dalam satu hari.
Elak Makanan Tertentu
Makanan kegemaran Anda ternyata boleh menjadi penyebab sakit kepala yang mengganggu. Makanan dengan kandungan tinggi garam (sodium), lemak tepu, lemak trans, kolesterol, dan gula tambahan tidak baik untuk tubuh. Contoh makanan yang sebaiknya Anda elak saat sakit kepala ialah mentega, keju, krim, produk daging, kafein, dan coklat.
Ketawa
Boleh jadi Anda sedang stress sehingga kepala terasa sakit. Untuk mengatasi ini, Anda hanya perlu ketawa. Ketawalah senatural mungkin, jangan direkayasa. Dengan ketawa, maka fikiran kembali jernih akibat penghantaran oksigen ke otak. Ketawa juga membuat anda memperoleh hidup bahagia.
Anda boleh cuba mana-mana petua untuk hilangkan sakit kepala tanpa panadol seperti di atas agar rasa sakit dapat dikurangkan dan hilang. Namun tidak semua cara menghilangkan sakit kepala di atas membawakan hasil. Jadi disyorkan agar Anda segera jumpa doktor bila sakit kepala sudah terlalu berat dan biasanya doktor akan mmeberi ubat sakit kepala kepada Anda.