Cari-cari penawar

Share It Now

10 Petua Rawatan Digigit Serangga Berbisa Sangat Berkesan



1. Ambil segelas air putih dan campurkannya dengan sebuku garam jantan (garam kasar). Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali. Beri minum air garam tersebut kepada mangsa yang terkena gigitan binatang berbisa itu.

2. Gunakan sedikit cuka dan garam, campurkan kedua duanya hingga sebati. Gunakan bahan tersebut untuk disapu atau direndam pada tempat yang terkena gigitan. Insya Allah bengkak dan sakit akan beransur pulih.


3. Ambil beberapa biji lada putih. Kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak. Gaulkan sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan. InsyaAllah bisa gigitan lipan semakin berkurang.


4. Titiskan 2 - 3 titis getah keladi yang sudah tua di atas tempat yang disengat. Lebih baik jika tidak membiarkan titisan tadi meleleh ke tempat lain. Baca selawat 3, 5 atau 7 kali dan kesat dengan kain buruk yang bersih. Ulang sebanyak tiga kali. Insyaallah kesan sengat penyengat, lipan atau tabuan akan tawar.


 

5. Tangkap dan bunuh lipan yang menggigit itu, kemudian bakar dan ambil abunya untuk disapu dibahagian yang terkena gigitan.


6. Petik 5 helai daun jarak, kemudian daunnya direbus lalu dimandikan kepada mereka yang terkena kesan gigitan lipan.


 




7. Minum air masak sebanyak mungkin. Kemudian hiris halus bawang putih dan campurkan sedikit garam dan minyak masak. Kacau biar sebati. Sapukan adunan ini pada bahagian yang terkena gigitan.


8. Tumbuk beberapa butir biji asam jawa sehingga halus. Basahkan sedikit seperti hendak memakai bedak sejuk. Kemudian tempelkan pada bahagian yang terkena gigitan. Beberapa saat berikutnya rasa sakit akan segera hilang.


9. Kunyah tembakau dan perah air nya ke tempat yang digigit. Kalau tembakau tak ada, boleh ganti dengan asam jawa. Buat berulang kali


10. Ambil biji asam jawa (yang segar dan mempunyai getah) potong dua, kemudian lekatkan pada bahagian yang terkena gigitan lipan atau serangga berbisa...Biji asam jawa biasanya akan jatuh sendiri setelah menarik bisa dan ulang proses hingga anda rasa bisanya hilang atau kurang.



Pesanan : harap anda tidak bergantung sepenuhnya kepada petua ini, sila dapatkan rawatan lanjut dihospital berdekatan.