FAKTA MENGENAI LIPAN
1. Lipan sangat suka kepada tempat-tempat yang lembab.
2. Mangsa lipan ialah lipas dan semut.
3. Lipan masuk ke rumah melalui lubang-lubang atau retakan di dinding, lantai dan celah pintu.
4. Lipan suka datang ke halaman rumah yang punya longkang yang kotor dan air tidak mengalir.
5. Lipan suka pada halaman rumah yang punya banyak daun-daun bertaburan dan tidak dibersihkan.
6. Lipan rumah biasanya 1 hingga 2 inci panjang.
7. Lipan ada pelbagai warna : putih, hitam dan merah.
8. Lipan rumah sangat laju bergerak
9. Lagi besar lipan lagi bisa sengatannya
10. Lipan rumah tidak berbahaya tetapi bisanya gigitan bergantung kepada badan seseorang itu, samada ada alergi atau tidak.
Petua Rawatan
1. Apabila disengat lipan, serta-merta letak ais pada tempat sengatan supaya terhenti sebaran toxinnya dan menghentikan bengkak.
2. Jumpa doktor serta-merta.
Petua Menghalau dan Mengelak Lipan Masuk Rumah
1. Jemur tikar-tikar LINO atau VINYL supaya kering.
2. Cari tempat-tempat yang lembab dan keringkan
3. Cari penyebab kelembapan dan tutup retakan dengan silicon.
4. Bersihkan dan buang semua jenis sarang-sarang semut dan serangga lain
5. Taburkan serbuk filter “DIATOMACEOUS EARTH” : banyak dijual dikedai hardware
untuk
tujuan filter swimming pool dan filter air ). Tutup hidung dengan sapu
tangan sambil taburkan pada tempat-tempat yang disyaki.
6. Jika
anda ingin gunakan spray (semburan), gunakan yang ada kimia PYRETHRIN.
Tutup hidung, pakai goggle dan minta keluarga keluar dari rumah sebelum
spray. Basuh tangan, ketepikan pakaian yang digunakan dan mandi selepas
spray.
7. Tabur “DIATOMACEOUS EARTH” sekeliling rumah di bahagian luar atau atas tanah.