Cari-cari penawar

Share It Now

Rawatan bengkak Tongsil

3 cara mudah untuk hilang bengkak tonsil:

1. Makan aiskrim vanilla

Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat kan.
Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Elak ambil aiskrim yang perisa chocolate ataupun strawberi ke. Kalau ada kacang yang dikisar kasar pun bagus. Tabur atas aiskrim kemudian makan.
 Kalau takda kacang pun boleh.
Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini pengalaman diri sendiri.


2. Berkumur dengan air garam

Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian dikumur kan.

Jangan telan air garam!
Jangan sampai tertelan pula ye. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.


3. Rawat dengan vitamin untuk bengkak tonsil (kuatkan sistem imunisasi)

Untuk mereka yang berulang kali tonsil membengkak, ini menunjukkan jangkitan kuman menyebabkan sistem pertahanan badan lemah. Cadangan terbaik untuk rawat bengkak tonsil dan hilangkannya boleh ambil Garlic, Nutriferon, Vitamin C, GLA dan Omega Guard.
Garlic adalah antibiotik semulajadi yang sangat bagus. Bertindak untuk menghalang jangkitan bintik-bintik putih ataupun kuman.
 
Nutriferon sangat bagus untuk mengukuhkan sistem imunisasi badan kita dalam masa 3 hari. Juga membantu mengurangkan kelesuan badan.
Vitamin C dan Zink membantu untuk menyokong sistem imunisasi badan. Iaitu mengurangkan demam, selesema dan batuk. Juga membantu sel darah putih menghalang bakteria yang wujud dalam badan.